Wednesday, October 19, 2016

DIA DAN KUASANYA......

Dengan Nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung..

Maha Suci Zat dan Sifat Allah, tuhan yang telah menciptakan seluruh alam.. Dialah yang telah menciptakan siang dan malam.. Dialah yang Maha berkuasa menjadikan tujuh petala bumi dan tujuh petala langit serta mengangkatnya tanpa tiang.. Dialah yang menjadikan pasang surut air di lautan.. Dialah yang Maha berkuasa atas segala sesuatu.. Nyawaku juga berada dalam genggamanNya...
Dalam kehidupan yang sebentar sahaja ini, adakalanya aku terlupa dan terpana oelh kesibukan dunia yang aku sendiri tahu bahawa tidak ada yang kekal di dalamnya. Semua di dunia ini akan hancur binasa bila sampai waktu dan ketikanya, tidak lambat atau cepat walau seminit pun. Tidak bergerak atau diam tiap sesuatu walau sebesar zarah kalau bukan dengan izin Allah yang Maha Besar..
SesungguhNya, aku juga temasuk dalam kalangan makhluk yang di ciptakan.. Aku bersifat baharu bukannya Qadim. Aku juga terlalu kecil dan kerdil berbanding ciptaan Allah yang lain. Yang kekal dan tinggal hanyalah Zat dan sifat Allah yang Maha agung semata..  Maha Berkat serta Maha Tinggilah kelebihan Tuhan yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat; dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu..Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya? dan Dia Maha Kuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun. Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jjika engkau ragu-ragu, maka ulangilah pandanganmu itu. Dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa daripada melihat sebarang kecacatan, sedang pengelihatanmu pula berkeadaan lemah lesu kerana habis tenaga dengan sia-sia. Dan demi sesungguhnya! Kami telah dihiaskan langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan di jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan disediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritan meraung-raung, sedang ia menggelegak. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya api neraka itu. Setiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar dari orang kafir, bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang pemberi ingatan dan amaran di dunia dahulu?" Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan kepadanya: Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu hanyalah orang yang dalam kesesatan yang besar! "Dan kemudian mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahaminya, tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka". Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka sebagai orang-orang yang kufur ingkar, maka tetaplah jauh rahmat Allah dari ahli neraka. Sesungguhnya orang-orang yang takut melanggar hukum Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau kuat, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala isi hati yang terkandung di dalam dadamu. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu Maha mengetahui segala-galanya? Allah itu Maha Halus urusan PentadbiranNya lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
 Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali kamu sesudah dibangkitkan hidup semula. Maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya. Patutkah kamu merasa aman dan tidak takut kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta? Atau patutkah kamu merasa aman dan tidak takut kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu, maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
Dan demi sesungguhnya! Orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan; dengan yang demikian, perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaan Allah. Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan burung-burung yang terbang di atas mereka, siapakah yang menjaganya ketika burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya daripada jatuh melainkan kuasa Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Bahkan siapa yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah?
Orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. Atau siapa yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? Tidak ada sesiapapun! Bahkan mereka  kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri dari kebenaran. Atau siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? Bahkan mereka yang musyrik itu kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri dari kebenaran.
 Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kesyukuran itu". Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan". Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya ape yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata". Kemudian apabila sampai masaNya, mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka mereka itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!" Tanyalah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Dia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?". Tegaskan (wahai Muhammad): "Allah! Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri. Oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata". Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air yang ada hilang lenyap, maka siapakah selain Allah yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?"
Renungkanlah….

No comments:

Post a Comment