Dengan Nama Allah Yang
Maha Tinggi Lagi Maha Agung..
Maha Suci Zat dan Sifat Allah, tuhan yang telah menciptakan
seluruh alam.. Dialah yang telah menciptakan siang dan malam.. Dialah yang Maha
berkuasa menjadikan tujuh petala bumi dan tujuh petala langit serta
mengangkatnya tanpa tiang.. Dialah yang menjadikan pasang surut air di lautan..
Dialah yang Maha berkuasa atas segala sesuatu.. Nyawaku juga berada dalam
genggamanNya...
Dalam kehidupan yang sebentar sahaja ini, adakalanya aku terlupa
dan terpana oelh kesibukan dunia yang aku sendiri tahu bahawa tidak ada yang
kekal di dalamnya. Semua di dunia ini akan hancur binasa bila sampai waktu dan
ketikanya, tidak lambat atau cepat walau seminit pun. Tidak bergerak atau diam
tiap sesuatu walau sebesar zarah kalau bukan dengan izin Allah yang Maha
Besar..
SesungguhNya, aku juga temasuk dalam kalangan makhluk yang di
ciptakan.. Aku bersifat baharu bukannya Qadim. Aku juga terlalu kecil dan
kerdil berbanding ciptaan Allah yang lain. Yang kekal dan tinggal hanyalah Zat
dan sifat Allah yang Maha agung semata.. Maha Berkat serta Maha Tinggilah kelebihan Tuhan yang
menguasai pemerintahan dunia dan akhirat; dan memanglah Ia Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu..Siapakah di antara kamu yang lebih
baik amalnya? dan Dia Maha Kuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun. Dia
lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau
tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan
yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jjika engkau ragu-ragu, maka ulangilah
pandanganmu itu. Dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah
pandangan berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan
hampa daripada melihat sebarang kecacatan, sedang pengelihatanmu pula
berkeadaan lemah lesu kerana habis tenaga dengan sia-sia. Dan demi
sesungguhnya! Kami telah dihiaskan langit yang dekat dengan bintang-bintang,
dan di jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan
disediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. Dan bagi orang-orang
yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan
itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Apabila
mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritan meraung-raung,
sedang ia menggelegak. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat
marahnya api neraka itu. Setiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar
dari orang kafir, bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka:
"Tidakkah kamu pernah didatangi seorang pemberi ingatan dan amaran di
dunia dahulu?" Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada
kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami
katakan kepadanya: Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu hanyalah orang yang
dalam kesesatan yang besar! "Dan kemudian mereka berkata: "Kalaulah
kami dahulu mendengar dan memahaminya, tentulah kami tidak termasuk dalam
kalangan ahli neraka". Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka sebagai
orang-orang yang kufur ingkar, maka tetaplah jauh rahmat Allah dari ahli
neraka. Sesungguhnya orang-orang yang takut melanggar hukum Tuhannya semasa
mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka
beroleh keampunan dan pahala yang besar. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan
perlahan atau kuat, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala isi
hati yang terkandung di dalam dadamu. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian
makhluk itu Maha mengetahui segala-galanya? Allah itu Maha Halus urusan
PentadbiranNya lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah
digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari
rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat
kembali kamu sesudah dibangkitkan hidup semula. Maka hargailah nikmatNya dan
takutilah kemurkaanNya. Patutkah kamu merasa aman dan tidak takut kepada Tuhan
yang pusat pemerintahanNya di langit itu menunggang-balikkan bumi menimbus
kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta? Atau patutkah kamu merasa
aman dan tidak takut kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu
menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu, maka
dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
Dan
demi sesungguhnya! Orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan
rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan; dengan yang demikian, perhatikanlah
bagaimana buruknya kesan kemurkaan Allah. Patutkah mereka menutup mata dan
tidak memerhatikan burung-burung yang terbang di atas mereka, siapakah yang
menjaganya ketika burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak
ada yang menahannya daripada jatuh melainkan kuasa Allah Yang Maha Pemurah.
Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Bahkan
siapa yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah
Yang Maha Pemurah?
Orang-orang
yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. Atau siapa yang
dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? Tidak ada
sesiapapun! Bahkan mereka kekal terus
dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri dari kebenaran. Atau siapakah
yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? Bahkan
mereka yang musyrik itu kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta
melarikan diri dari kebenaran.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang
menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran
dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit
kesyukuran itu". Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di
bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan". Dan mereka (yang ingkar)
berkata: "Bilakah datangnya ape yang dijanjikan itu, jika betul kamu
orang-orang yang benar?
"Katakanlah
(wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa) hanya ada
pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan
dan amaran yang terang nyata". Kemudian apabila sampai masaNya, mereka
melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka mereka itu,
serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali
minta disegerakan kedatangannya!" Tanyalah (wahai Muhammad):
"Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang
bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Dia memberi
rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang
dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
Tegaskan (wahai Muhammad): "Allah! Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami
beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri. Oleh itu kamu akan
mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air yang ada hilang
lenyap, maka siapakah selain Allah yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang
sentiasa terpancar mengalir?"
Renungkanlah….