Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
"Ingatlah! sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Jika engkau ingin selamat agar tidak karam, maka layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, bersama bekal yang bernama Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”“Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia juga akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH." “Orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”
“Seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”“Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”“Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu agar tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”
“Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”“Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”“Janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Jika tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimu sajalah yang menjadi utusan.”Jauhilah sifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan bak memakan daging burung, walaupun sedikit sahaja, dusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”“Bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau tahniah majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
“Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makanan lebihan kenyang itu adalah lebih baik jika diberikan kepada anjing sahaja.”"Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya sesuatu dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit pula belum tentu menimbulkan kesengsaraan.” “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
“Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, setelah banyakdan ia tidak mampu memikulnya, tetapi ia masih mahu menambahkannya.”“Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah dengannya."“Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”"Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”“Jadikanlah dirimu sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
"Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau tidak di ciptakanoleh ALLAH untuk dunia semata. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”"“Usahakanlah agar mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”"Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu dan janganlah mensia-siakan hartamu.”
“Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
“Bergaul rapatlah dengan orang yang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hatimu mendengarkan nasihatnya, hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang tandus lalu disirami air hujan.”Renungkanlah! ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau buang dunia ini ke keranjang atau bakul kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
al-syarif
Wednesday, February 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment